Posted by : Unknown Saturday 31 August 2013



Post kali ni nak kongsi sikit tips cara Neko study... Tips la sangat... Okay la lebih kepada perkara yang dilakukan masa study hahaha... Neko amek course Diploma Networking System dengan kerjasama Cisco Networking Academy... Cisco ni ialah syarikat pengeluar networking hardware yang dikenali dan diyakini worldwide... Bersama diploma nanti Neko akan dapat satu lagi sijil yang dipanggil CCNA stands for Cisco Certified Network Associate yang mempunyai permintaan tinggi syarikat-syarikat yang menggunakan hardware Cisco sebagai network hardware diorang sekarang... Memang best belajar course ni sebab course ni memang menjadi cita-cita Neko sejak terjebak dalam dunia hacking dulu...

Camne nak study weh?


Neko ni jenis suka study melalui pengalaman dan bukan melalui buku... Neko banyak tanya lecturer untuk get idea ape yang kita nak belajar dan akan reserch sendiri sebelum mula belajar dalam class... Neko tak suka bergantung pada tenaga pengajar macam lecturer dalam class dan start cari sendiri untuk lebih faham... Beza study menggunakan buku dengan study melalui research sebab kita akan cari dan usaha untuk faham... Kalau study melalui pembacaan kita sebenarnye tak faham ape yang kita baca dan menjadi sia-sia... Bila kita research ape yang kita nak tu kita akan lebih ingat ape yang kita belajar... Pokoknye kita kena berdikari dan jangan mengharap orang lain... Kalau betul2 buntu baru cari orang yang lebih arif boleh kita buat rujukan... 


Masa bila Neko study?


Neko lebih suka study di luar class... Hehe dalam class Neko slalu tido... Seriously, Neko pergi class hanya untuk dapatkan keyword atau point-point penting yang dibebelkan oleh lecturer dan simpan dalam kepala otak untuk di research kat rumah...Masa untuk Neko study tak tentu... Dimana ada internet, masa tu la Neko akan menggunakan keyword atau info yang Neko dapat masa dalam class untuk di Google... Google ni kita tau macam-macam ada... So kita jut bermain dengan keyword untuk search... Gunakan "how to..." dan beberapa lagi ayat untuk digabungkan dengan keyword kita untuk search yang lebih berkesan.


Ape yang nak dibuat masa study?


Neko selalu dengar lagu tak kisah la jiwang, rock kapak, techno. house, trance dan macam-macam lagi genre lagu yang masuk dengan jiwa supaya tak terasa boring dan putus asa... Masa study kene dalam keadaan tidak stress atau serabut dengan masalah remeh atau Neko akan blur masa tu hahah... Next, sediakan minuman, kalau Neko suka buat air Nescafe' my faveret sebab rasa coffee yang unique akan meransang otak bekerja lebih ligat... Haha tak tau la korang tp Neko memang suka minuman yang berasaskan coffee macam white coffee, latte, mahupun neslo... Orang kata boleh hilangkan mengantok tapi Neko klo dah mengantuk, minumla berapa gelas pon same je tetap mengantok... 

Panjang la plak post ni haha! Besambung ke chapter seterusnye nanti #2 okay!

Thanks for reading! 

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

You are visitor number:

What Time Is It?

Random Post

Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Blog Archive

Labels

Copyright © Mr.Neko's Life -Black Rock Shooter- Powered by Blogger - Designed by Neko Kun